Wednesday, August 12, 2009



Pengertian hari kebangsaan bagi saya, sebagai rakyat singapura.

Singapura mula sebagai sebuah pulau sahaja. Kini Singapura adalah sebuah negara yang terkenal dengan industri perkhidmatan dan banyak-banyak lagi. Tetapi kejayaan yang kami ada sekarang bukan senang untuk dapat. Kami harus menempuhi banyak cabaran. Kerana itulah hari kebangsaan bagi saya adalah salah satu hari yang amat penting. Pada hari inilah kami dapat meraihkan segala cabaran yang kami menempuhi sebagai sebuah rakyat.

Kini Singapura sudah 44 tahun, dan ini melambangkan 44 tahun bagaimana singapura menjadi sebuah negara yang maju sejak kami berpisah daripada negara malaysia. Pada hari kebangsaaan tahun ini, saya sekeluarga telah menonton persembahan yang disediakan oleh sesetengah rakyat-rakyat singapura. Hari itu sungguh meriah, walaupun saya tidak ke Marina untuk menyaksikan persembahan itu secara langsung. Pada hari itu, terdapat ramai orang memakai baju yang berwarna merah dan putih. Sebagai rakyat Singapura, saya amat kagumi dengan persatuan yang kami ada.

Tidak kira bangsa atau agama hari ini diraihkan sama-sama dengan meriah. Dengan itu hari kebangsaan adalah hari yang penting bagi saya. Kerana hari inilah kami mendapat peluang untuk menunjukkan bahawa kami bangga menjadi rakyat singapura.